Showing posts with label My Storyline. Show all posts
Showing posts with label My Storyline. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Ganjari diri untuk bulan April


Setelah habis fight utk biz bulan lepas,  it's time utk ganjari diri....   Bln ni, kena fight sungguh2 lagi supaya bole ganjari diri lagi bulan depan... Boss kata boleh spend 1/40 je dari pendapatan utk handbag....  Kira Ok la tu... ( Apa?? 1/40?   Hoh!!  Kena kerja keras la cenggini nak dpt LV Damier idamanku...) ...  Bole..bole... InsyaAllah... kena susun strategi dari malam ni...


Go Go Go Lin !!

Monday, May 2, 2011

Ingatkan iPhone, rupanya sebahagian hadiah utk leaders...


Tepat 12.20tgh... lori kurier sampai... hon hon... ' Sayang, iPhone dah sampai ' Huhu... iyo iyo je... 'Abg g tlg ambikkan la, i malas nak pakai tudung'..

Turun bawah, lerrr... bukan iPhone daaa.... tapi Pensonic Electric Oven, 2 Faber rice cooker dan Phyliss Body weight.... hadiah utk leader2 yang capai target sales ... http://norazlinnordin.blogspot.com/2011/04/hadiah2-untuk-leader2-yang-capai-target.html

Banyak lagi blom sampai, Sabo..sabo.. - 4 Microvawe Oven, elba Jug kettle, 3 sandwich maker...

Sunday, May 1, 2011

Lukisan utk Peperiksaan Akhir Musy'ab

Dulu tak ambik pot pun tentang lukisan dia time exam, tapi bila tengok ngan comot, ngan tak keringnya... ngan dapat B nya..akhirnya terpaksa jadi consultant tiap kali ujian@subjek pendidikan seni.  Cabaran anak lelaki sy ni, dia nak cepat aje,.. tak boleh tahan kalo tengok ada kawan yang dah siap dulu, nanti dia buat cincai2 aje... so umi kena pilihkan yang tak payah kena banyak gunting2, tak payah guna water colour...

So, kali ni buat binaan tempat letak stationary dari bahan2 terpakai.  end up bila hantar, Cikgu kata 'macam bole buat hantaran je Musy'ab'.  Dia kata ' tu la umi ni, suruh buat lelebih lak, buat malu je....' Hahaha...  Tak pe Yang, biar malu janji dapat A...

So kakak2 & abang2 out there, kalo berminat nak tempah untuk hantaran kahwin, bole bagitau ya... LoL


Isometric view


Completed model...


Wednesday, April 27, 2011

Alhamdulillah! Yeay! I won a contest!! IPhone 4 is mine.. Tq Allah


Sepanjang kami menganjur dan mengadakan seminar motivasi dan kecemerlangan, Hukum Tarikan @ Law of Attraction, memang ramai yang dapat apa yang mereka wish..sekurang-kurangnya 1 dari 10 wish yang mereka tulis semasa seminar. Yang saya perasan, kebanyakan yang dapat mmg diorang ni wish pasal duit, dan yg surprisenya dapat pulak tu!! Sudah la dapat, banyak lak tu.. ada yg sampai 5K, ada yang 10K dan yg tertinggi setakat ni 18K...

Monday, April 25, 2011

Gether2 ngan FB friends - Kak Salmiah

Bersama Kak Sal (Mak Ngah) & suaminya di depan banglo yg indah
OMG -dalam kereta, sy tertidur lagi (pelik la, biasa2 tak la teruk sangat cengginih)... sampai Arifin suh cari jalan kat GPS pun saya sempat tidur.... Akhirnya tiba juga di rumah Kak Sal dan suami... Belum masuk rumah lagi sy dah terdetik, eh..apsal macam aku kenal je suami kak Sal ni (Arifin kata - ala standard la tuh, semua orang sayang kata macam pernah tengok...haissshhh, nak kena nih) ... Rupa2nya orang Kesang jugak wehhh... Rezeki la jumpa orang kampung.... Kira sedara la tu... biasa la... orang2 kampung sy di Kesang tu  - kesang Luar ke, Kesang Tua ke, Air Panas ke, air Baruk ke... semuanya ada aje kena mengenanya...

Mini Re-Union ex-DKA UTM 95


Ahad - Pagi-pagi lagi dah bertolak ke Puchong untuk mini re-union... Mulanya nak buat utk gegirl aje... tapi Pak Supir kan kena ada juga... Memang kerinduan... Last time kami berjumpa di Re-Union di Hotel Mahkota Melaka bln Mei 2010.  Malamnya kami berbual sampai hampir pkl 4pg dengan mata terpejam...  Hahaha..ngantuks giler..tapi cerita tak abis lagi... LoL

Tahniah kepada Penerima Anugerah SM/SSM

Bersama sebahagian penerima anugerah

Selepas selesai berceramah di Sek Men Datuk Syed Esa, kami meneruskan perjalanan ke rumah emak sy di Jasin. (Noted : rasanya masuk kereta je sy terus tidur sampai la dekat bandar jasin je terus terjaya... Woiiii!! Hari ni Hari Sabtu : Pasar Minggu kat Jasin Woii... Sukanya kat Pop Corn dan semua-semua la kat sini..) Rindu kat emak dah 2 minggu tak jumpa... dengar suara je dari telefon tak sama dgn bila dapat peluk dan cium mak...

Pukul 6ptg, kami bertolak ke MITC Melaka untuk Majlis Malam Anugerah SM / SSM (Sales Manager / Senior Sales Manager)... Tahniah kepada yang naik pangkat... Bulan ni lagi ramai... Anda ambil di Majlis akan datang ya...;):)


Kami di hidangkan dengan Ceramah motivasi oleh Prof Tn Hj Hanim... Recharge..Recharge... Langkah Bijak Usahawan Cemerlang - insyaAllah, nanti saya share...

Crown dari Johor . Dr kiri CDM Shima, CDM Lin & CDM Elmy
Di majlis2 Anugerah ni, jurukamera mmg sawan ambik gambar....penat pipi asyik kena senyum aje... ala-ala model Bio Ever tak? Hihih....

Friday, April 22, 2011

Sapa Nak, Cepatttt... FREE AJER...

Kemas-kemas almari, terjumpa kat dalam beg2 souvenir... Huwalahh... My husband used to say ' Sayang tu kalau beli barang bukan nak kira2, main beli je...' dan seperti biasa (macam tindak balas refleks..ngeehehe..) jawapan terus ada (huhu..) ' Takpe bang, biar lebih, jangan kurang, kita kan ramai kawan2 & biz partners kat sini,.. nanti jumpa2 boleh bagi-bagi.... ingat tak time kita g Kunming dulu, kita tak beli banyak, dalam flight lagi i dah moody - sb bila kira2 - tak cukup nak bagi2 kat biz partners...'

So apa saya jumpa?? tadaaa.... Akar  Fatimah (ada 7-8 pokok), Buah Zuriat (ada 15 biji) dan juga ketayap saiz anak 1-2 thn ada 5-6...

Saya beli masa ke UMRAH thn 2009 yg lepas.  Thn 2007 dulu tak beli banyak sangat sebab tak tau nak beli apa..... Dah ramai kawan2 yang mengandung sy hadiahkan akar fatimah ni.. staf2 bnk Tmn U yg preggy je, terus sy offer...



So kalau nak, boleh ambil sendiri kat rumah saya atau sms/call nak jumpa kat mana2.... FREE aje...

AZLIN 017-7778504

Rakan-rakan di Sekitar KL... Ahad..Ahad..Ahad

Salam...

Esok.. pas Solat Subuh terus ke Batu Pahat - utk Program Rahsia Kuasa Minda utk Kecemerlangan bersama pelajar2 di Sek Men Dato Syed Esa... 350 pelajar..Wow!! Tak sabar nak berjumpa dengan mereka.  There's so much things to share with them... Kami sayang Remaja !! Ini merupakan salah satu aktiviti 'social contribution' kami...Moga Allah permudahkan segala urusan kami... Nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini - http://smartrichmind.blogspot.com/


Thursday, April 21, 2011

Tolong pasangkan water filter... kami tak bole telan air kat sini...:):)


Isnin tgh sy menerima panggilan dr suara yg dah lama tak dengar.... Tajuk perbualan 'tengah menderita anak beranak sb tekak tak boleh minum air dr paip' So nak pasang penapis air... Deal..esok pasang...

Monday, April 18, 2011

Perkongsian Majlis Ilmu : Al-Qu'ud

Petang td, selepas tamat 'discussion' dengan salah seorang biz partner, maghrib telah pun menghadirkan diri.  Sepatutnya sy harus berada di sana pkl 6.30ptg untuk berbuka puasa bersama sebahagian sahabat2 sebelum dilanjutkan dengan solat Maghrib dan Isyak berjamaah.. Sy cepat2 mengurus diri dan keluar kembali hmpir jam 8mlm.. (kesiannya baby... mlm ni umi tak sempat nak peluk2 sebelum pergi)..

Alhmdulillah, dapat parking bebetul depan pejabat IKRAM.. Dipendekkan cerita, kuliah hari ini bertajuk Al-Qu'ud ( to stop working for spreading Dakwah Islamiah and nuturing and developing Muslim) @  Menghenti & Melambatkan Amal Dakwah dan Jihad di Jalan Allah.. oleh Ust Suhaimi Jairi..

Saturday, April 16, 2011

1st day at Lady's Gym


Keluarkan Semangatnya !!!  Hehe... harinya menguatkan diri untuk mendaftar di Lady's Gym... Siap bayar 2 bulan fee lagi (sb nak sauna free ..huhu..sauna kat rumah, habis rosak dikerjakan anak2).  Alhamdulillah, terus aje dapat kawan2 yang baik2 & sporting.... siap bagi semangat dan jugak psiko lagik (sabo aje la...).. mcm mana psiko tu..hmm.. 'Lin, nanti kalo dah kurus nanti, kena buat baju baru, sayang je kan baju lama, baju semalam kan cantik' Alah kak, takpe, nt aku pegi beli baju baru, ohh..juga nt nak tepon tailor saya la, kata suh stop buat baju tu dulu.. hahaha...

Petang Jumaat di Pizza Tmn Bukit Dahlia

Nak gi ke tak.. nak gi ke tak. Hujan di petang jumaat tu sangat lebat... air naik tinggi di beberapa tempat di sekitar Skudai.  Sepanjang perjalanan, dah ada beberapa kenderaan yang tersadai.. Appointment tetap appointment... sayang la pulak kalau nak tangguhkan... lagi-lagi orang yang nak jumpa ni sangat la sibuknya, Mr Nicholas, Manager di salah sebuah company O&G di Pasir Gudang. Akhirnya kami nekad untuk meredah juga....

Di Pasir Gudang, elok aje cuacanya terang benderang... Cik Abiey yang ayu jelita, engineer company tu dengan jayanya buat appointment dgn bossnya..seorang warga Filipina yang mencari rezeki dgn kepakarannya di Malaysia. Dipendekkan cerita dia akan bina networking


nya hanya di kalangan jurutera-jurutera dan pengurus-pengurus senegara dgnnya yang berada di Johor... and guess what!! There are +- 400 of them in Johor !! Woww!! Ramainya... and I'm looking fwd to meet them...

Selepas closing, beliau minta diri untuk ke pejabat semula (and it's already very near to 7pm).. sibuknya ... Dan kami lak sambung makan... lupa  lak nak ambik gambar awal ski
t... layan je la... Menu dipilih untuk membiasakan diri dengan makanan ITALY... ambik semangat sempena fight perlancongan ke ITALY yg bermula bulan depan..

Monday, April 11, 2011

Cenderamata dari Tanah Suci

Premium Beautiful Bioever Tip Awet Muda Wajah Berseri Cara Mengatasi Jerawat Sebenarnya dah lama saya tak mengirim apa2 kepada rakan-rakan @saudara yang pergi Umrah@Haji melainkan kiriman doa dan berkirim salam dgn Rasulullah.. Tujuannya supaya mereka yang ke sana dapat beribadah dgn tenang tanpa perlu teringat2 ngan pesanan2 kita yg belum jumpa... 2 kali sy berkesempatan menunaikan Umrah (2007 & 2009), tak terfikir lak saya nak beli perfume untuk pakai sendiri.. sebabnya mak & bapa serta saudara mara dulu2 kalo bagi cenderahati - confirm minyak atar... pastu saya mabuk satu hari bila bau... Tapi bila dapat cenderahati perfume ekslusif ni dari Cikgu Hafiz dan Murni Zuriyati, sodap la pulak baunya... Hmm... i like. Terima kasih banyak-banyak... Moga umrah kalian semua yang pergi di trima Allah... Amin..

Friday, April 8, 2011

Mengapa Saya Menulis Blog Ini?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu di alam maya. Alam bebas tanpa batasan dan sempadan. Global world!!!...Seronok rasanya. Untuk post pertama ini, saya ingin kongsikan kenapa tiba-tiba saya bertransformasi minda saya untuk membuat blog ini; http://norazlinnordin.blogspot.com.

Saya merasakan ilmu dan pengalaman saya ini (sila klik kenali diri) 'wajib' di kongsikan kepada semua orang tanpa mengira usia. Semangat saya bertambah berkobar-kobar apabila terdapat lebih 10 orang Crown Diamond Manager telah muncul. Tahun ini dijangka 6-10 orang pula akan diraikan sebagai Crown.

Setelah berada dalam biz selama hampir 7 tahun dan saya dah pun menggenggam income terkumpul RM1juta pertama pada akhir thn 2008, insyaAllah sy merasakan sy mampu menjadi mentor yang baik kepada mereka yang ingin melakukan perubahan dalam hidup tanpa mengira tahap pendidikan, jantina, umur dan kerjaya sekarang.

Suami saya baru habis menghadiri kursus ‘The World Class Internet Marketing’ (salah satu dr 5 siri trainingnya bersama multi millionaire World Class Trainers - T Harv Eker & Alex Mandosian yg berharga lebih dr RM22K).

Dan kami akan melancarkan sistem ini bagi memudahkan semua biz partners saya untuk menjalankan biz dan penajaan tanpa perlu keluar rumah atau pejabat. Kami telah jumpa caranya, dan ilmu ini hanya akan di ajar hanya kepada biz partners kami yang komited sahaja…

Jangan risau, anda akan di bimbing sehingga mahir… Anda pasti teruja dengan potensi passive income dari internet marketing ini.. InsyaAllah, Money comes to you easily

Saya menyakini bahawa semua orang di lahirkan sama, persekitaran dan pengalaman yang mencorakkan kita. Dan pastinya kita mempunyai pilihan untuk mencorakkannya kembali mengikut apa yang kita mahukan pada masa ini. JOMM kita ubah sejarah diri kita, kita ubah sejarah keluarga kita dan kita ubah sejarah masyarakat kita dengan meningkatkan taraf ekonomi kita.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”

-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-

Jangan berlengah lagi, kini offer yang sungguh menarik sedang berlangsung,…


Pick-up you phone, sms or call :



Norazlin Nordin


017-777 8504


Norazlin01@ yahoo.com


Lucrative Opportunities Always Come My Way

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...