Saturday, September 1, 2012

LEGOLAND ® Taman Tema Antarabangsa di Nusajaya, Johor.

WOWOWOW!! Legoland Malaysia dah pun membuka pintunya untuk di kunjungi... Tarikh official pembukaan adalah pada 15 September 2012 ( silalah rancang cuti anda kerana 16hb tu Hari Malaysia - cuti lagiiii)

 Saya pun belum pergi lagi...seminggu ++ lagi anak yang sulung nak ambil UPSR, so lepas2 ni la, insyaAllah.. Beberapa orang sahabat saya semasa bertugas di UTM dulu (Pn Shariza)  berkesempatan berkunjung ke sana semalam,...so meh layan gambar2 ni...

 









Berikut adalah antara fakta menarik tentang taman tema Legoland, Malaysia ni;

  • Taman tema tersebut akan diberi nama Legoland Malaysia
  • Akan menjadi taman tema berkonsep Lego yang pertama di Asia dan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia
  • Lokasi di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia
  • Dimiliki dan dibangunkan oleh Merlin Entertainments
  • Akan dibuka pada penghujung 2012 dan beroperasi sepanjang tahun
  • Meliputi kawasan seluas 70 ekar (280,000 meter persegi)
  • Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan and tarikan termasuk Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifestyle Mall dan macam-macam lagi.
  • Ia akan menjadi pusat tumpuan kepada kompleks bersepadu seluas 5,500,000 kaki persegi (510,000 meter persegi) di kawasan Industri Nusa Cemerlang, antara rantau ekonomi Iskandar Malaysia, yang terdiri daripada pusat gaya hidup runcit, pejabat, hotel, pangsapuri, perkhidmatan dan unit-unit kediaman.
  
~ ~ Entrance Fee ~ ~


 

For Annual Passes - You will only have to pay once and you can have an unlimited access to our park which valid for the next 12 months.. ecewah... macam promoter Legoland tak??


 Untuk maklumat lanjut boleh ke - http://www.legoland.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...