Tuesday, April 12, 2011

Suami perlukan testosterone dan Isteri perlu oxytocin untuk kurangkan stres

Abu pulang ke rumah dengan keadaan letih. Sesampai di rumah, dia melabuhkan badan yang separuh longlai terbenam di dalam sofa malasnya dan mengangkat kaki di atas pelapik kaki berlunjur ke arah tv. Dia terus mencapai alat kawalan jauh, mengetik-ketik mencari saluran berita dunia di sana sini. Fikirannya terasa lega kerana dapat mencampakkan ke belakang masalah yang menghantuinya di pejabat tadi. Niatnya semata-mata untuk memulihkan tenaga yang telah hilang di pejabat tadi dan bersedia untuk menyumbang tenaga dan tanggungjawab yang mungkin diperlukan di rumahnya ini.


Premium Beautiful Bioever Tip Awet Muda Wajah Berseri Cara Mengatasi Jerawat


Sebaliknya, Aminah, isteri Abu yang pulang lebih awal dari pejabatnya, berada di dapur sambil menyusun pinggan mangkuk dan periuk kuali yang sudah kering di rak pinggannya, merasa hairan mengapa suaminya tidak menegurnya, diam membatu menengok tv. Adakah dia sakit? Atau adakah dia marah padanya?. Apa salahnya dia ceritakan masalah yang dia hadapi berkongsi dengannya? Atau tanya padanya masalah yang dia hadapi di pejabatnya? Adakah dia tidak nampak yang isteri berada di dapur ini? Sambil menjeling sekali sekala melalui tepian matanya ke arah suaminya yang sedang tenggelam hanyut, fikirannya terus membuat bermacam-macam andaian hingga ke peringkat adakah dia ini masih cinta pada dirinya lagi?. Premium Beautiful Bioever Tip Awet Muda Wajah Berseri Cara Mengatasi Jerawat Aminah bertambah stres. Aminah sangat hairan memikirkan suaminya semakin hari bertambah dingin terhadapnya. Abu pula bertambah bingung mengapa akhir-akhirnya ini, isterinya mudah saja melenting dan marah-marah atas perkara yang dianggapnya remeh temeh. Kedua suami isteri ini telah bernikah atas dasar cinta yang sejati yang telah mereka ikatkan pada tujuh tahun yang lalu. Namun cinta yang disanjung itu tidak mampu untuk mengekalkan kemanisan berbulan madu hingga ke hari ini. Mengapakah perkara begini boleh terjadi?.



Mari kita imbas kembali bagaimana Allah mencipta kita seawal umur satu hari hingga kelapan minggu semasa ruh kita di tiupkan ke dalam janin kita. Sahabat saya Dr Danial Zainal Abidin yang mempelopori Minda Super, mengatakan, Allah menentukan jantina kita semasa kita berumur enam atau lapan minggu. Sebelum enam minggu, semua janin adalah perempuan. Bagi janin yang ditentukan menjadi lelaki, maka ia mengeluarkan hormon testosterone yang tinggi kepekatannya dan merubah bentuk menjadi lelaki. Manakala janin yang ditentukan menjadi perempuan, akan terus menjadi perempuan tanpa dibekalkan dengan hormon testosterone yang banyak.



Kajian terkini menyatakan bahawa wanita mengeluarkan hormon oxytocin untuk menangani stres manakala lelaki mengeluarkan testosterone untuk tujuan yang sama. Kesan pengeluaran oxytocin di dalam wanita yang mengalami stres dikatakan boleh menyebabkan wanita berasa selamat, bekerjasama, rasa prihatin, membantu dan belai membelai. Bagi lelaki pula, pengeluaran testosterone semasa kecemasan ialah menyebabkan dia bingkas bangun bertindak segera, berkorban diri untuk kepentingan umum dan bermotivasi menyelesaikan masalah. Premium Beautiful Bioever Tip Awet Muda Wajah Berseri Cara Mengatasi Jerawat Dengan perbezaan ini dan ketidakfahaman fungsi hormon dan kesan kepada lelaki dan wanita inilah yang menyebabkan salah satu punca konflik di antara lelaki dan wanita di mana juga sama ada di pejabat ataupun di rumah. Memang tepatlah kenyataan lelaki (rijal) di dalam Surah An Nisa ayat 34, itu sebagai pengawal, penjaga dan pemimpin wanita yang telah dibekalkan oleh Allah dengan hormon ini agar lelaki bermotivasi menjaga diri, keluarga dan masyarakatnya daripada serangan musuh dan wanita pula dibasahi dengan hormon oxytocin agar bermotivasi memelihara, membelai dan menjaga hubungan peribadi dengan suami, anak-anak dan masyarakat sekelilingnya.



Mari kita memahami kesan testosterone terhadap lelaki dan wanita. Tingginya tahap testosterone di dalam lelaki akan menyebabkan stresnya rendah. Sebaliknya bagi wanita memang hormon ini boleh menyebabkan rasa tinggi berkuasa, berupaya dan kelihatan lebih seksi tetapi ia tidak merendahkan stres baginya. Malah menyebabkan wanita bertambah agresif dan mudah melenting. Lelaki memerlukan dua keadaan iaitu mengeluar dan membina testosterone. Pertama semasa mengeluarkan testosterone, seperti sedang menukarkan tayar bocor, lelaki dapat merasai nikmat kepuasannya pengeluaran hormon ini. Selepas itu, lelaki memerlukan aktiviti untuk membina semula testosterone yang telah digunakan tadi seperti tidur, makan, main permainan, tengok berita di tv dan membaca akhbar. Ia juga merasakan kepuasan semasa testosterone dibinakan semula ini.



Manakala banyaknya oxytocin di dalam wanita akan menyebabkan turunnya stess mereka tetapi tidak kepada lelaki. Memang orang lelaki akan bertambah jujur, empati dan pemurah sikapnya tetapi tingginya kepekatan hormon ini akan menyebabkan lelaki bertambah stres dan jadi mengantuk melemahkan hormon testosterone..

Premium Beautiful Bioever Tip Awet Muda Wajah Berseri Cara Mengatasi JerawatOoooo... patut la abg slalu tido..tgh bina testosterone rupanya.... ngehehehe...



Wanita memerlukan juga dua keadaan iaitu mengeluar dan membina oxytocin. Semasa mengeluarkan hormon ini seperti melayani anak dan suami, wanita rasa puas dan stresnya turun. Kedua semasa menerima belaian dan batuan kerja rumah daripada suami akan menyebabkan hormon ini terbina dan dia merasa puas juga.


Kembali kita kepada senario di atas tadi. Abu merasai dirinya stres setelah tidak berjaya menyelesaikan masalah di pejabatnya tadi. Perbuatannya mendiamkan diri dan menonton tv adalah semata-mata untuk membina hormon testosterone yang telah kurang. Isterinya boleh membantu mempercepatkan proses ini dengan membiarkannya “menggua” di depan tv dan memberinya air minum kesukaannya tanpa mengeluarkan apa-apa ungkapan. Apabila Abu terasa kembali segar, pasti dia akan ke dapur bertemu isteri kesayangannya itu. Premium Beautiful Bioever Tip Awet Muda Wajah Berseri Cara Mengatasi Jerawat

Silakan, Pak Incik, pilih aja apa yg mau...

Waktu inilah giliran isterinya pula menambahkan hormon oxytocin setelah hilang melayan anak-anak sekembali daripada pejabat, apabila suaminya mula menghampirinya. Teknik yang terbaik ialah bisikkan kepada suaminya dengan ungkapan, “Alhamdulillah, tolong Minah untuk bereskan ini, Minah perlukan pertolongan abang, terima kasih Abang”, seolah-olah bantuan penyelesaian diperlukan daripada suaminya yang “pakar-menyelesaikan-semua-masalah” itu.


Abu dengan mudah bersedia membantu kerana hormon testosterone telah banyak dan bersedia untuk mengeluarkannya melalui aktiviti “Menyelesaikan Masalah” yang diperlukan oleh isterinya.


Selamat mencuba. Sebahagian artikel ini telah ditulis di dalam Majalah Anis Premium Beautiful Bioever Tip Awet Muda Wajah Berseri Cara Mengatasi Jerawat

Ahmad Shafiai Uda Jaafar mmailto:pakutih@ymail.com http://mahligaikasih.multiply.com/ Mobile: 017 7272 307

1 comment:

  1. Adoooii la, apsal lak dia tak ada perenggan ni?? ada sapa2 bole tolong? helpppp

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...