Showing posts with label Testimonial kejayaan. Show all posts
Showing posts with label Testimonial kejayaan. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

INSPIRED STORY - CDM HASMIDAR

Salam.. one more inspiring story untuk rakan2 semua juga saya sendiri.  Kisah ni dari majalah Futuristk... Untuk jadikan ia sesuai utk bacaan umum, ada beberapa para sy delete....

Di Paris

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t dengan limpah dan kurniaNya diberi kesihatan yang sangat baik dan diberi hayat hingga ke saat ini untuk merasai nikmat dan rezeki yang diberikan melalui landasan yang sangat tepat. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama apabila tertawan dengan produk syarikat dan terus mengorak langkah menjadi usahawan.

Perniagaan saya bermula di utara tanah air iaitu Alor Star. Sebelum ini, saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang pernah berkhidmat dalam bidang perbankan selama 7 tahun. Bosan dengan “makan gaji”, saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut sambil mencari kerjaya yang sesuai dengan jiwa dan masa. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat suami tercinta Syed Mohd Redzo yang begitu kuat memberi dorongan dan pengertian terhadap kejayaan saya. Dan kepada permata hati kami Syed Muhammad Hadif yang keletahnya sentiasa memberi inspirasi kepada saya.
Umrah Percuma kali ke 2

Bermain salji di Switzerland

Di Sydney Harbour menaiki Captain Cook Cruise

Syukur Alhamdulillah bersama syarikat, apa yang saya impikan menjadi kenyataan. Mempunyai kereta idaman, rumah impian, wang simpanan, peluang melancong, kebebasan masa dan kewangan. Semua ini adalah berkat usaha dan doa yang berterusan daripada keluarga, mentor serta teman-teman seperjuangan.

Saya bukanlah yang terbaik untuk dijadikan teladan dalam kejayaan membina perniagaan ini, saya masih belajar dan memerlukan bimbingan. Bagi mencapai kejayaan sebagai CDM, ilmu adalah nadi yang penting. Dengan ilmu, kita dapat mempraktikkan dengan betul apa yang dipelajari tanpa rasa jemu atau berputus asa. Ikatan dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab terhadap rakan kongsi amat diperlukan. Ini termasuk berkorban apa saja demi kemajuan rakan kongsi kerana kita tidak mungkin berjaya tanpa mereka.


Saya merasakan perjuangan kita ini bukan sahaja merupakan saluran menambahkan pendapatan malah saluran untuk menjalin silaturrahim, mengenal erti nilai diri, memahami warna-warna kehidupan dan pelbagai perkara positif. Akhir kata, kepada rakan kongsi yang disayangi dan para usahawan yang dihormati, kita adalah apa yang kita fikirkan. Sentiasa berdoa dan letakkan matlamat dan impian di hadapan, muhasabah diri, sentiasa berfikiran positif, jujur, ikhlas dan berusaha dengan istiqamah. Saya yakin kejayaan pasti akan tiba.

Wow!! Bestnya suri rumah drive kereta nih... Hmmm..kereta ni pun ada dlm wishlist saya


Ingin menjadi Protegee saya? Just gimme a call @ sms
017-7778504
Group kami menawarkan Modal paling rendah ( 7 kali ganda lebih kecil dari lain-lain group), Modal patah balik dlm masa 7-30hari, Dana tersedia, Strategi berkesan & Mentor berpengalaman. Anda pasti dapat apa yang anda impikan...

Cepat- kerana sekarang sedang berlangsungnya fight untuk ke UMRAH @ Belgium, Holland & Paris

Tuesday, June 28, 2011

Inspired story - CDM Dr Rosmaliza A. Aziz

Salam.. arini saya nak kongsikan inspiring story untuk rakan2 semua.  Kisah ni dari majalah Futuristk... Untuk jadikan ia sesuai utk bacaan umum, ada beberapa para sy delete....

CDM Dr Rosmaliza A. Aziz

Bersama staf semasa bertugas

Trip Percuma di Disneyland Tokyo
Syukur, Alhamdulillah kepada Allah s.w.t  kerana memberi peluang kepada saya bersama syarikat  yang mengubah kehidupan saya dari yang biasa-biasa kepada yang luar biasa. Menyingkap sejarah silam, saya bekerja sebagai seorang pegawai perubatan di Jabatan Bius di salah sebuah hospital di Lembah Klang selama 8 tahun. Rutin harian saya ialah pergi kerja dan balik rumah. Hospital menjadi rumah kedua saya kerana saya perlu “oncall” sekali atau dua kali seminggu yang memerlukan saya bekerja selama 24 jam sehari dan tidur di hospital.

Gaji yang diperolehi setakat cukup untuk mengenali erti hidup di bandar metropolitan ini. Oleh itu, saya membuat “locum” selepas waktu kerja di klinik swasta untuk menambah pendapatan. Kehidupan saya hanya hitam putih dan tidak ada kehidupan yang berwarna-warni. Masa bersama suami dan anak- anak juga terbatas. Sehinggalah pada awal tahun 2007, saya dipertemukan jodoh dengan pemimpin hebat dan saya mencapai pangkat CDM pada Januari 2009.

Beliau telah membuka peluang bisnes Hai-O kepada saya. Pada asalnya, saya tidak berminat dengan bisnes terutamanya MLM kerana saya tidak didedahkan dengan ilmu bisnes. Sejak dari kecil, saya sudah ditanamkan dengan prinsip belajar rajin-rajin dapat masuk universiti kemudian mendapat jawatan tinggi, barulah hidup boleh senang. Namun, hakikatnya bukan begitu dengan kehidupan di bandar besar ini.

Bercuti di Switzerland
Setelah saya cukup yakin dengan pemimpin yang memberi tunjuk ajar kepada saya dalam bisnes ini, saya terus mengambil peluang untuk cuba menjalankan bisnes dan memberi ruang kepada diri untuk digilap potensi yang terpendam. Hati kecil saya berkata “Apa salahnya saya mencuba”. Pandangan saya telah berubah terhadap bisnes MLM apabila saya betul-betul faham apa itu business network. Saya bersyukur kerana Allah telah membuka hati saya untuk mengambil peluang ini, jika tidak saya masih seperti dahulu.

Kehidupan saya berubah setelah bersama syarikat ini. Saya dapat merasai warna-warni kehidupan. Saya berpeluang memperoleh pendapatan 5 angka, kereta impian, rumah yang selesa untuk anak-anak, simpanan dan peluang melancong bersama suami dan rakan kongsi ke luar negara seperti Korea, Sydney, Tokyo, Beijing, Switzerland, Jakarta-Bandung dan Perth.

Sesungguhnya, kejayaan ini tidak datang bergolek tetapi ia memerlukan pengorbanan dan kita perlu sanggup untuk melakukan pengorbanan seperti kata pepatah “Setiap orang tahu ramuan untuk berjaya, tetapi tak ramai orang yang sanggup untuk membayar harga ramuan itu”. Saya rasa cukup bertuah dan bangga berada di bawah syarikat yang cukup kukuh dan stabil, berada di papan utama Bursa Malaysia, mendapat anugerah Forbes Asia “Best Under A Billion” selama 4 tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2007- 2010.


 
Yang turut membanggakan saya ialah syarikat juga mendapat anugerah CSR Perdana Menteri 2009 bagi kategori Pembangunan Aspirasi Wanita sebagai tanda pengiktirafan pembabitan aktif syarikat dalam memperkasakan aspirasi wanita terutamanya dalam bidang ekonomi dan pembangunan masyarakat. Syarikat juga mempunyai rangkaian produk yang pelbagai dan bermutu serta disukai masyarakat. 
 Terima kasih yang tidak terhingga kepada suami tercinta, Mohd Zafren B Ibrahim kerana memberi sokongan dan dorongan yang tidak berbelah-bagi dalam menjalankan bisnes ini. Juga kepada anak-anak, Alia Aisya, Ahmad Aziq Aiman dan Anis Aliesya yang menjadi pendorong utama kepada kejayaan bisnes ini.

 Justeru itu seruan saya kepada semua, rebutlah peluang yang telah disediakan. Keluarlah dari zon selesa kerana ia tidak menjanjikan kesenangan untuk kita. Sesungguhnya tak senang nak senang dan tak susah nak susah. Untuk berjaya kita perlu ada impian dan imaginasi. Akhir sekali, kita perlu ada keberanian barulah mimpi boleh menjadi kenyataan.  


 
Ingin menjadi Protegee saya? Just gimme a call @ sms
017-7778504
Group kami menawarkan Modal paling rendah ( 7 kali ganda lebih kecil dari lain-lain group), Modal patah balik dlm masa 7-30hari, Dana tersedia, Strategi berkesan & Mentor berpengalaman. Anda pasti dapat apa yang anda impikan...

Cepat- kerana sekarang sedang berlangsungnya fight untuk ke UMRAH @ Belgium, Holland & Paris
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...