KENALI SAYA


Siapa Saya?

Nama saya Norazlin Nordin, dilahirkan, dibesarkan dan disekolahkan di Jasin, Melaka. Berusia 36 tahun dan ibu kepada 4 orang cahayamata. Saya merupakan usahawan sepenuh masa. Saya sangat komited dan 'passion' dengan dunia keusahawanan kerana saya percaya hanya dengan bisnes sahaja, kita boleh bebas minda, masa dan wang, dengan syarat mempunyai ilmu, mentor, sistem yang betul dan kuasa tindakan.
Saya mengajak anda semua untuk bersama-sama terbang menuju kebebasan berimpian.
Alhamdulillah, dengan  kebebasan minda, masa dan wang yang dianugerahkan Allah, saya menjalankan kursus, seminar dan bengkel  motivasi kepada pelajar dan orang ramai sebagai salah-satu tanggungjawap sosial saya kepada masyarakat.



Sedikit Perkongsian Sejarah Diri

1

Saya bersekolah di Sekolah  Kebangsaan Kesang Tua, Jasin, Melaka dan kemudiannya ke Sek Men Datuk Bendahara, Jasin, Melaka. Alhamdulillah, selepas SPM, saya berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia, Johor dalam bidang Kejuruteraan Awam.

Saya berkahwin semasa menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Saya bekerja sebagai Pegawai Penyelidik di UTM dan menjadi Felo di Kolej Kediaman Siswa. Saya seorang yg sanggup bekerja keras untuk dapat apa yang saya inginkan.  Selama ini saya sangat percaya hanya dengan belajar bersungguh-sungguh sahaja, saya akan dapat kejayaan cemerlang. Kalau musim test atau exam, suami sy hanya geleng kepala kerana sy tak akan berganjak dr meja walaupun anak menangis atau demam… semuanya di uruskan oleh suami. Sy? Tidur pun kat meja…  Berkahwin dengan insan yang sangat berbeza pendapat, sungguh mengharukan.. huhu… 


2
Pada suatu hari (awal thn 2002) saya terbaca posting e-mel oleh Prof Ir Dr Azraai (sekarang TNC UTM).  Beliau mengatakan kekesalan sebab hanya membaca buku ‘Rich Dad, Poor Dad’ oleh Robert Kiyosaki semasa usia beliau telah menjangkau 40-an dan beliau mengatakan alangkah baiknya sekiranya orang2 muda berusia 20-an atau awal 30-an membaca buku ini.  Dalam masa yang sama boss suami saya pun memperkenalkan buku yang sama. Mulai saat itu, kami mula berminat dengan buku-buku mengenai kebijaksanaan kewangan dan kebebasan kewangan. Kami membuat azam untuk pencen awal / bebas kewangan pada usia 40 tahun. Kebebasan kewangan tidak boleh dicapai melainkan melalui jalan 'Mind Your Own Business'. Jadi kami tercari-cari peluang bisnes. 



Kami mengikut apa yang dicadangkan oleh Rich Dad, Poor Dad. Dari projek beli rumah dan menyewakannya,berniaga MLM, pembelian saham hinggalah kepada skim cepat kaya…hhahaha. Dalam pada itu, kami juga berazam untuk berjimat cermat dan hanya berbelanja jika perlu sahaja (Ukur baju di badan sendiri). Semuanya menemui kegagalan. Pengajaran paling penting, iaitu ilmu melalui buku di ikuti dengan kuasa tindakan sahaja tidak mencukupi; mentor dan sistem yang betul juga diperlukan.

3
Sejak sebelum berkahwin hinggalah thn 2008 (hmpir 12thn) saya duduk di dalam kampus UTM kerana bertugas sebagai Felo (penasihat pelajar & program pelajar). Hmm.. bagus juga bole save budget sb tak payah bayar bill. Tapiiiii…. Oleh kerana semua felo yg diketuai oleh pengetua sangat komited, seingat saya suatu masa tu, dalam seminggu, hampir setiap malam ada program dan kami kena bertugas. Biasanya dah campur berborak dan beramah mesra dgn pelajar, sy sampai rumah hmpir pkl 1pagi.  Kalau ada kes/spot check pkl 2-3pg tu biasa la… Dan sy ni jenis tak reti mengelat (sebenarnya sebab sy enjoy) hatta di dalam cuti. Contohnya pd thn 2000, tepat 29hari di dalam pantang bersalin anak sulung secara pembedahan, hati sy tak boleh tahan nak bertugas dan berjumpa pelajar2 baru semasa Minggu Haluan Siswa… akhirnya sy minta izin dgn suami, yeay..dapat keluar dr pkl 10pg- 4.30ptg… saya tolong tengok2 aje…Janji ada kat situ kan..
Ni rumah felo terakhir saya di UTM - i like

4
Akhir thn 2003, saya menerima kunjungan dari senior di asrama semasa di UTM, kak Umi Kalsom Abd Zabri. Beliau seorang guru dan suaminya seorang pensyarah di UiTM di Pantai Timur. Kunjungan beliau untuk share peluang bisnes sy tolak mentah-mentah sebab awal thn 2003 tu sy dah pun jadi Pegawai Penyelidik Tetap Universiti dan suami telah jd Lead Engineer dlm unitnya. Sebelum melangkah keluar, beliau minta sy tengok2 je fail yg dibawa. Gulp!!3x, saya tengok bonus dia selama 3bulan dia join biz ni hampir RM 12,000… Saya terus berdiri dan kata padanya, I’ll think about it, InsyaAllah. Mlm tu sy tak boleh tidur, sebab teringat kat bonus 12K kak Umi tu..hahaha.. Keesokannya, sy call kak Umi dan minta dia datang pada hujung minggu itu. Kali ini sy nekad, walau apa terjadi saya mesti nak buat bisnes ni…
Pada masa tu, utk sedap buat biz ni kena ada stok, so modalnya +- RM20K.. Ya Allah,bertahun-tahun saya kerja dan berjimat cermat, RM 20K pun takde dalam simpanan nak buat modal berniaga ( simpanan suami dah buat downpayment beli rumah). Malam tu saya tak boleh tido lg, nak bagitau suami, confirm kena pangkah..baik diam-diam aje le .. Esoknya, saya decide untuk buat personal loan d Bank Rakyat.  Memang la ada perasaan bersalah sb tak bagitau dia, tapi saya yakin saya buat ini pun untuk kami sekeluarga jugak… Alhamdulillah proses sgt mudah, hari ini hantar, esok duit dah keluar. Ptg tu, saya bgtau juga kat suami, sy kata (sambil buat muka desperate)  ‘Abang, sy janji buat betul2, janji tak susahkan abg, janji tak minta duit abang kalo jadi apa-apa’.. Pastu siap cakap ‘abg jangan marah tau, tolong doakan aje, nt birthday abang kita beli something yang special’.

Bonus bln pertama saya RM3500, bln kedua RM6600!! Dan yang paling penting, bulan kedua juga modal saya dah patah balik together with keuntungan lebih RM 10K dalam masa 2 bulan..best gilerr..Syukur Alhamdulillah. Bln ke 3- bonus RM3,000 (haha, dah habis kawan nak ku promote).. , semuanya personal sale dan saya tak bina rangkaian langsung. Bulan ke-4, sy mendaftar pengajian master dlm bidang Kejuruteraan Awam-Kej Struktur lagi. Dengan kesibukan buat literature review dan dah ada 2 anak, dgn kerja dan tugas sebagai felo.. wow.. sempitnya masa saya.. sampai lupa nak buat biz. Upline lak alahan teruk mengandung… so sama2 lupa..hihi..

Bulan Oktober 2004 (hampir setahun tidur buat biz), up upline saya, Siti Atkah datang kembali menghulur tangan, saya hanya menyediakan beberapa orang kawan sahaja dan 85% kerja2 penerangan semua dilakukan oleh dia.  Surprise gilerr !! Bonus bulan Oktober tu lebih RM11K !! Besttt nyer.... tak tergambar dgn kata-kata perasaan masa tu..

Pertengahan bulan November 2004 tu, sy terus gunakan duit bonus untuk downpayment kereta idaman saya iaitu brand new Honda Civic sempena birthday yang ke 30thn. Dengan kesibukan yang sedia ada, kami satu group berkembang (bayangkan la biz partners saya kebanyakannya adalah staf universiti yang sedang buat PhD dan master). Walaupun semua buat part time, kami seronok sebab dapat g melancong ke luar negara 3x setahun. Kalo tak buat biz, tak mungkin sy yang penjimat ni akan rela me’ngirai’2 perabis duit nak g melancong sesaja ngan duit penat kerja tu.  Dgn bantuan mentor akhirnya pada pertengahan thn 2006 (kurang 2 thn dr come back tu) sy bergelar Crown Diamond Manager (pangkat tertinggi). Excited sungguh sebab bonus bulan tu hampir RM20K !
Pada penghujung thn 2007, sy memohon untuk menjadi stokis dan berjaya, Alhamdulillah. Kos keseluruhan untuk renovate kedai, stok dan deposit ke syarikat lebih kurang  RM 200K dan semuanya sy keluarkan dari simpanan hasil keuntungan biz. Sy  mmg  ingat sangat2 ngan jasa Bank Rakyat yang bermurah hati bg saya pinjam duit dulu untuk memulakan biz ini, dan hampir semua staf Bank Rakyat Tmn U ni kenal dan rapat ngan saya sb saya mmg declare, saya adalah anak angkat Bank Rakyat !! (huhu..anak angkat la sangat)

Pada  Mac thn 2008, sy mengalami bleeding dan keguguran di tempat kerja (masa meeting lak tu).. Sy dah lama tak mengandung (hmpir 6thn), jadi mmg sgt2 sedih. Sy terus memohon cuti tanpa gaji dan akhirnya meletak jawatan yg sangat-sangat saya sayangi itu.  Hmm...Takmo cerita lebih2 la, nt saya sedey... ;( ;(

Kami suami isteri bukannya 'brand courious', so kereta yang termampu difikiran adalah Honda Civic.. Masa 1st time sy memandunya, saya rasa 'bestnyaaaaa'...  inilah kereta yang akan saya guna sampai pencen sok.. RM1200 sebulan tu...


Mana nak tau, jodoh kami tak panjang.. tak sampai 2thn bersama, akhirnya sy letgo dia... sb Ogos 2006, sy ambik Mercedes C240 V6... Ya Allah, baru saya faham istilah 'you get what you pay'... bestnya drive Merc ni. Baru sebulan ambik, saya dah rasa, hallamak.. macam kocik la pulak bonet dia.. tak banyak barang boleh isi... Tak pe la..bertahan-bertahan ... takkan dah lupa, Honda kelmarin awak kena top-up 11K... Akhirnya tak boleh tahan jugak, Mac 2008 - kami 'ter'ambik juga Merc E240.. tapi di Klang... sb beza harga hampir 30K berbanding di JB.. Takpelah,... kita kan nak servis biz partners merata alam, mmg kena ada kereta yang selesa sikit... (ayat sedapkan hati..hikhik).. Alhamdulillah merasa juga kita naik kete ni...

8
Melancong ke luar negara memang idaman saya,.. meleleh je air liur bila melihat gambar2 suami bermain salji semasa belajar di UK dulu.  Selalu aje saya buat pengiraan untuk bercuti ke luar negara, tapi bila campur tolak kali, beribu-ribu, akhirnya kansel sebab sayang duit.  Dengan bisnes ini, setahun 3 kali kami melancong percuma, di ulangi PERCUMA!! Sepanjang hampir 8 tahun ni sy telah layak / berkesempatan pergi ke Negara/Negeri seperti Shang Hai, Perth, Kunming, Istanbul, Lake Toba, Beijing 2kali, Korea, Paris, Belgium, Amsterdam, Sydney, Umrah 4 kali, Jakarta, Bandung, Switzerland, Hong Kong, Holland, Amsterdam, Belgium, Vietnam, Guangzhou, London & Paris dan terkini sedang fight utk beramai2 ke syurga membeli belah dunia iaitu Shanghai….  Sapa nak ikut, sila angkat key board !!! Opps silap, sila angkat hp dan dail no saya… insyaAllah sy akan kongsikan caranya.. Jgn risau, sy tak pernah paksa orang jadi biz partners sy.  Prinsip sy buat biz sgt mudah ' Kalau suka, kita kerja sama, kalau tak suka, kita jadi kawan'...

Kenapa Saya Tulis Blog Ini?


Saya merasakan ilmu dan pengalaman saya ini 'wajib' di kongsikan kepada semua orang tanpa mengira usia. Semangat saya bertambah berkobar-kobar apabila terdapat lebih 10 orang Crown Diamond Manager (CDM- pangkat tertinggi) telah muncul. Tahun ini dijangka 6-10 orang pula akan diraikan sebagai Crown. Setelah berada dalam biz selama hampir 7 tahun dan saya dah pun menggenggam income terkumpul RM1juta pertama pada akhir thn 2008, insyaAllah sy merasakan sy mampu menjadi mentor yang baik kepada mereka yang ingin melakukan perubahan dalam hidup tanpa mengira tahap pendidikan, jantina, umur dan kerjaya sekarang.
Suami saya baru habis menghadiri kursus ‘The World Class Internet Marketing’ (salah satu dr 5 siri trainingnya bersama multi millionaire World Class Trainers - T Harv Eker & Alex Mandossian yg berharga lebih dr RM22K). Dan kami akan melancarkan sistem ini bagi memudahkan semua biz partners saya untuk menjalankan biz dan penajaan walaupun tanpa perlu keluar rumah atau pejabat.  Kami telah jumpa caranya, dan ilmu ini hanya akan di ajar hanya kepada biz partners kami sahaja… Jangan risau, anda akan di bimbing sehingga mahir… InsyaAllah, Money comes to you easily… anda hanya perlu duplicate aje gerak kerja kami.
Saya menyakini bahawa semua orang di lahirkan dengan peluang yang sama, persekitaran dan pengalaman yang mencorakkan kita. Dan pastinya kita mempunyai pilihan untuk mencorakkannya kembali mengikut apa yang kita mahukan pada masa ini. JOMM kita ubah sejarah hidup, kita ubah sejarah keluarga dan kita ubah sejarah masyarakat dengan meningkatkan ekonomi kita.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-


Jangan berlengah lagi, kini offer yang sungguh menarik sedang berlangsung,…

Senyum-Senyum Selalu...;)


Pick-up you phone, sms or call :
Norazlin Nordin
017-777 8504
Norazlin01@ yahoo.com
Lucrative Opportunities Always Come My Way
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...