Pages

Wednesday, September 5, 2012

Speaker di Majlis Anugerah SM/SSM 2012


 Assalamualaikum & selamat pagi sahabat2 yang di kasihi....

Hari ni saya berbesar hati menjemput anda semua ke Majlis Anugerah SM & SSM (Sales manager dan Senior Sales Manager) pada 8 September 2012 (Sabtu, 1.30ptg - 6ptg) di  Menara PGRM, Cheras.







Ini merupakan kali ke -5 (termasuk 2 kali semasa Seminar Seberang Laut , di Beijing dan di Ho Chi Minh) sy di beri peluang berucap di pentas Hai-O untuk memberi motivasi kepada para usahawan.  Agaknya mereka suka dengar sejarah saya berada dalam biz ni kot....:):)... dari seorang yang sangat negatif (sb dah buat beberapa kali tak menjadi-jadi) kepada seorang yang merasakan semua orang kena tahu (walaupun tak buat)  potensi untuk berjaya (+buat duit) dengan biz MLM.  Terutamanya bagi yang bermodal ciput ~ tiada cash melebihi 50K dlm akaun simpanan (sy tidak bermaksud biz kecil2an samada di gerai2 atau online tapi biz yang memerlukan premis perniagaan dan barangan utk display)




Jangan kata anda, jangan kata mereka, saya pun macam tak percaya bagaimana saya boleh 'terjerumus' dalam biz ni.. Back in akhir 2003.. daftar ahli sb nak pakai korset Beautiful  dengan harga ahli, then bila kawan2 tegur perubahan ~ just sharing2 then dapat bonus RM 2000++... kaget jugak.... selepas tu baru bermodal... tapi terhenti setahun ++ bila start sambung pengajian Master.... dan akhir thn 2004 sambung buat balik bila leader menghulur tangan dan kaget dengan bonus hampir RM 11,000 !! (sebab boleh je sambung pangkat lama yang ditinggalkan dan point kenaikan pangkat accumulate dan tak terhapus selagi tak expired)

Thn 2008, sy meninggalkan kerjaya yang sangat di sayangi di UTM Skudai (hampir17thn juga sy tinggal dalam UTM! dr zaman student hingga bekerja dan jadi felo) ... Dan yang sangat mengejutkan, suami saya juga meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera pakar di syarikat konsultan oil & gas dgn gaji belasan ribu...  tentunya ada yang special kan dengan biz ini....

8thn ++ berada di dalam biz ini, alhamdulillah telah lebih 20 tiket pelancongan percuma pelbagai destinasi telah kami suami isteri perolehi... Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami melihat dan menikmati keindahan sebahagian lagi bumi ciptaanMu..

 

CDM Norazlin Nordin Official Videoclip


 InsyaAllah dalam masa yang singkat yang di berikan nanti, saya sharing sebahagian tips-tips untuk berjaya..


Salah satunya tentulah impian yang besar... duit besar takkan datang jika kita mempunyai impian dan jiwa yang kecil... Bila saya renung-renung... bercakap 5 kali dipentas, lebih-lebih lagi  di hadapan ribuan manusia bukan terjadi secara tiba-tiba.


Semasa qualified melancong percuma ke Medan & Danau Toba pada thn 2005, sy memandang dan merenung dengan penuh kagum keupayaan seorang leader Otai, iaitu CDM Dr Muhamad Salleh berucap di atas pentas.  Di sana saya telah memasang impian untuk melakukan perkara yang sama......What you focus on..expands..:):)


Kepada rakan-rakan yang berminat untuk menghadiri majlis terbuka  Sabtu ini, boleh menghubungi mana-mana konsultan Smart Tycoon (pelopor pakej modal secupak, dapat income bergantang-gantang) 


Norazlin Nordin  017 - 777 8504





No comments:

Post a Comment